Sekarang Ni Lelaki Korea Banyak Yang Sunat! Ini Penjelasan 4 Lelaki Korea Yang Terkejut Wajib Berkhatan Dalam Islam

Seorang Youtuber asal Korea yang terkenal di Indonesia, Daniel menerusi saluran youtubenya Akang Daniel telah berani membahaskan perihal berkhatan. Keberanian ini dibuat Daniel selepas menerima banyak soalan adakah lelaki Korea berkhatan atau tidak?

Dalam pada itu, Daniel yang sudah lama menetap di Indonesia amat terkejut apabila mengetahui Sunat adalah wajib bagi lelaki Islam. Untuk itu, Daniel bersama tiga lagi sahabat Korea yang juga menetap di Indonesia berbicara dan berkongsi fakta berkhatan yang sering saja disalah erti oleh masyarakat antarabangsa terhadap lelaki Korea.

Dari Kiri: Juni (Model), Batu (Pelawak), Daniel (Youtuber) dan Yong (Pelakon)/ Foto: IG akangdaniel1122


Perbahasan yang melibatkan pelakon Korea, Pelawak Korea dan Model Korea ini ternyata turut mengejutkan orang ramai. Malah, tohmahan yang sering dilemparkan terhadap lelaki Korea turut meleset dan ramai terdiam.

Salah seorang dari mereka menjelaskan, lelaki korea masa kini lebih banyak berkhatan atau pun bersunat. Malah, kebanyakan keluarga di Korea akan sunatkan anak mereka sewaktu bayi lagi.

Juni/ Foto: IG: @iyj2140


Walaupun tiga daripada mereka bersunat dan seorang saja tidak bersunat. Seorang lagi menjelaskan bahawa ada juga yang akan disunat sewaktu menjalani latihan ketenteraan. Malah, mereka akan dipaksa bersunat menggunakan teknik tradisional seperti mana juru sunat di Indonesia.

Pun begitu, perkara sebegini berlaku pada zaman purba kala bukannya waktu sekarang. Dalam pada itu, ada juga merasakan bahawa ada baiknya keluarga Korea ini tidak melakukan khatan sewaktu bayi, Ini supaya memberi peluang kepada lelaki berkenaan membuat pilihan bersunat apabila mereka sudah bijak berfikir.

Yong/ Foto: @hoy_ting


Apa sekalipun, pelbagai informasi dan fakta yang mengundang kontroversi kerana ada juga yang kelihatan malu membicarakan soal ini. Bagi anda yang mahu lebih lanjut, anda boleh tonton sendiri video yang disediakan Daniel. Video berkenaan telah diterjemahkan dalam bahasa Indonesia memandangkan Daniel lebih dikenali masyarakat Indonesia.

Kongsikan artikel ini