Putus Cinta, Lelaki Ugut Sebar Video Seks Bekas Kekasih Yang Masih Bersekolah!

Lelaki Korea berusia lingkungan 20 tahun yang telah melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar sekolah selama setahun telah mengugut gadis berkenaan untuk menyebarkan video seks mereka berdua.

Bagaimanapun, pihak polis Korea telah berjaya menahan lelaki tersebut yang banyak kali mahu menyiarkan video tersebut yang dirakam secara haram tanpa diketahui gadis itu.

Foto hiasan


Menurut laporan eksklusif dari Everyday Economy pada 9 Mac 2021, pejabat pilis di Seoul sedang menyiasat lelaki dianggarkan berumur 20 tahun dengan empat tuduhan termasuklah melanggar Akta Khas Hukuman Jenayah Keganasan Seksual dan serangan.

Mangsa yang difahamkan junior lelaki berkenaan diketahui mengenali lelaki tersebut menerusi laman sosial pada tahun 2019. Sejak itu, mereka berdua menjalinkan hubungan sebagai kekasih dan melakukan hubungan seks.

Foto hiasan


Apabila putus cinta pada bulan Jun 2020, lelaki tersebut dilaporkan mengugut bekas teman wanitanya untuk menyebarkan video rakaman yang di buat secara haram.

Mangsa difahamkan mahu hukuman berat dikenakan terhadap bekas teman lelakinya itu. Setakat ini, lelaki tersebut sedang menjalani kaunseling dan psycho terapi dengan sokongan daripada pihak polis.

Kongsikan artikel ini