Akibat Terlalu Teruja Mahu Seks Dengan Wanita 20 Tahun lebih Muda, Lelaki 40-an Ditemui Mati Di Motel Dengan Seluar Terlucut!

Lelaki cuba melakukan Seks dengan wanita muda sebaya anaknya telah ditemui mati di sebuah motel. Media dari Taiwan melaporkan bahawa lelaki tersebut berusia 45 tahun dan telah mati dalam sebuah motel yang terletak di bandar Taichung.

Sehari sebelum menemui ajal, lelaki tersebut dikatakan telah pergi ke motel tersebut dengan wanita yang dijumpainya di sebuah parti. Difahamkan wanita tersebut 20 tahun lebih muda darinya.

Selepas memasuk bilik motel bersama, wanita tersebut kelam kabut keluar dari bilik tersebut dan menghilangkan diri dengan menaiki sebuah teksi. Apabila melihat kejadian itu, pekerja motel berkenaan terus hubungan bilik motel tersebut dan mahu bercakap dengan lelaki berkenaan. Bagaimanapun, panggilan tersebut tidak dijawab.

Foto Hiasan DBRAVE STUDIO

Sejurus selepas itu, pekerja tersebut pergi ke bilik berkenaan dan dapati lelaki berkenaan telah mati dengan tidak memakai seluar. Malah, pekerja itu dapati ada kondom yang masih tidak digunakan di atas lantai.

Menurut siasatan, sebelum melakukan seks, lelaki tersebut dikatakan sudah pun pengsan dan mati. Pekerja motel tersebut terus menghubungi pihak ambulance tetapi lelaki tersebut sudah pun mati.

Punca kematian tersebut adalah kerana serangan jantung. Tiada tanda-tanda trauma di jumpai. Malah, media membuat spekulasi bahawa lelaki tersebut mati kerana abdominalnya cedera kerana terlalu teruja mahu melakukan hubungan seks dengan wanita muda.

Seorang penyelia maksudkan bahawa kematian mengejut semasa hubungan seks. Dimaklumkan, ia biasanya menyebabkan serangan jantung atau pendarahan otak.


Kongsikan artikel ini