Lelaki Tinggi Atau Lelaki Rendah? Ini Pilihan Gadis Yang Mengejutkan Kaum Adam

Video yang menjalankan permainan ekstra seimbang menampilkan lelaki berketinggian 187sm dan lelaki 163sm mengejutkan ramai pihak terutama sekali kaum lelaki.

Siapa yang wanita pilih? Tinggi, kurus, rendah atau badan yang mantap?

Siapakah yang dipilih?

Jawapan untuk persoalan ini dimuat naik menerusi saluran youtube Hellchang TV pada 27 Jun 2021 dengan judul Extreme Balance Game.

Dalam video berkenaan, lelaki 163 sm dan lelaki 187sm di undang yang mana wanita perlu memilih yang mana satu.

Keputusannya menakjubkan apabila wanita lebih memilih lelaki yang lebih rendah. Malah, wanita tersebut tidak mempunyai alasan memilih tetapi hanya mengikut rasa hati saja.


Bagaimanapun, ada juga wanita memilih lelaki yang tinggi tetapi berubah selera kepada lelaki rendah apabila melihat pakej yang dimiliki lelaki tersebut. Antara sebab lelaki itu dipilih kerana badannya lebih mantap dan memberikan perasaan yang mempesonakan.

Kejutan terbit bukanlah disebabkan lelaki yang dipilih sebaliknya wanita yang memilih itu lebih tinggi dari lelaki berkenaan iaitu 170sm.  Bagaimanapun, rata-rata penonton yang melihat video tersebut mengatakan tinggi bukanlah faktor utama untuk pilih lelaki. Malah, mereka juga mengatakan badan sado lagi bagus berbanding miskin.


Untuk mengetahui respon tersebut, anda boleh lihat video tersebut di sini. Memang mengejutkan. Rasanya lelaki itu dipilih bukan sebab ketinggian tetapi sebab rupa. Tak percaya tontonlah.

Kongsikan artikel ini