Lelaki Ugut Sebar Video Bersetubuh Dengan Teman Wanita Dihukum Penjara 8 Bulan!

Seorang lelaki usia lingkungan 30 tahun telah menghantar mesej ugutan kepada teman wanita bakal dihukum dan didenda serta di penjara. Lelaki tersebut telah mengugut bahawa dia akan menyebarkan video seks bersama teman wanitanya itu.

Menurut hakim Park Jong Won dari Mahkamah Cheongju pada 1 Mei 2021, lelaki berusia 32 tahun itu akan dihukum penjara selama lapan kerana kesalahan mengugut.

Sewaktu bekas teman wanitanya itu tidak menjawab panggilannya pada Februari 2020, lelaki ini telah didapati cuba mengugut wanita itu banyak kali.


“Saya akan edit video seks tersebut dan sebarkannya kepada keluarga dan kenalan terdekat,” ugutan lelaki berkenaan.

“Walaupun penyebaran tersebut mendatangkan masalah dan saya akan dihukum, Saya boleh membayar denda tersebut dengan duit yang saya peroleh dari jualan video seks berkenaan,” tambah lelaki ini lagi.


Hakim Park menjelaskan sebab lelaki ini di penjara kerana dapati ugutan tersebut sangat berat sehingga menyebabkan wanita tersebut dalam keadaan trauma. Malah, pesalah juga telah bermain dengan undang-undang jenayah.


Kongsikan artikel ini