Lelaki Terkacak Dunia Iaitu V BTS Pakai Baju Melayu Putih Edisi Aaron Aziz Jadi Tular

Peminat K-POP lebih-lebih lagi peminat Kumpulan BTS menjadi tidak tentu arah apabila ahli Kumpulan berkenaan yang juga Lelaki Terkacak Dunia 2017, Kim Taehyung atau V telah memakai baju Melayu Warna Putih ketika menyanyi dan menari.

 

V telah memakai Baju Melayu ini ketika sesi raptai latihan persembahan.

 

Perkara ini telah disahkan oleh peminat BTS yang menggunakan gelaran nama Sylleblossom di laman twitter dengan berasa terharu setelah melihat video figura kacak tersebut telah mengenakan baju kebangsaan Malaysia yang dikirimkannya pada tahun lepas.

 

“Cool! Taehyung telah memakai baju Melayu Cekak Musang yang kami berikan kepadanya. Sungguh gembira melihat dia menggadakan persembahan pada bulan Ramadan,” kata Sylleblosson.

 

Menerusi laman twitter tersebut, gadis ini turut menunjukkan foto baju Melayu yang dikirimkannya menerusi tweet yang telah dimuat naik pada 15 February 2018.

 

“Inilah hadiah satu set Baju Melayu yang saya kirimkan buatnya. Yeah, kami tidak buat lawak,” tweet dari gadis ini.

 

Menerusi gambar yang dikongsi, V dikenal pasti telah memakai Baju Melayu Edisi Aaron Aziz keluaran Jakel. Tweet berkenaan telah di ulang siar (retweeted) lebih dari 10,000 kali dan mendapat lebih 12,000 likes.

 

Dalam pada itu, peminat K-POP lain turut meluah rasa gembira dengan menghantar tweet berikut.

 

1) “Kombinasi fesyen yang bagus, memakai topi, kasut menari dan baju Melayu,” Kata Illya
2) “ Wow. Dia nampak hebat. Bersesuai dengan bulan Ramadan jugak,” kata Hajar.

 

 

 

 

Berita gembira yang dibuat oleh V ini juga sekaligus membuat impian peminat K-POP beragama Islam untuk melihat mereka berbaju  Melayu tercapai. Sebelum ini, banyak juga peminat telah menyunting gambar ahli BTS memakai Baju Melayu. Berikut adalah antara contoh suntingan terbaik dari peminat yang mempamerkan 7 jejaka dari BTS segak menggenakan Baju Melayu.