Hasrat bergelar penghibur sudah lama ditanam dilubuk hati usahawan terkenal Dato Seri Vida. Malah, ikon usahawan kosmetik ini pernah meluahkan hasrat mahu jadi sehebat bintang K-POP, PSY yang popular dengan lagu Gangnam Style.
Disamping itu, Dato Vida juga mahu jadi lebih hebat dari PSY. Hasrat berkenaan bakal tertunai apabila lagu I AM ME nyanyian beliau dan ciptaan oleh Edry KRU mula menghantui halwa telinga pendengar tempatan. Malah, video muzik lagu berkenaan menjadi makin tular dan banyak netizen cuba membuat pirodi lagu tersebut. Sama ada lagu itu dikritik atau dipuji, strategi Dato Vida semakin mencapai sasaran.
Dalam pada itu, ada juga pihak berpendapat lagu berkenaan banyak persamaan dengan lagu Pen Pineapple Apple Pen nyanyi artis Jepun Pikotaro. Malah ada juga perasan lagu berkenaan sedikit sebanyak menyamai rentak dan melodi lagu IAM THE BEST nyanyian asal bintang K-POP 2NE1.
Atas dasar itu, penggiat kreatif telah membuat satu video menarik untuk mengenal pasti sama ada lagu ini berkaitan melodinya atau tidak.
Dari sudut lain, Dato Vida juga sebenarnya sudah lama viral dan pernah disebut orang Korea kerana taglinenya itu.
Bahkan ibu tunggal ini pernah membuat ucapan istimewa untuk artis K-POP N-SONIC yang berminat terhadap produk keluaran syarikat beliau.
Mungkin, Dato Vida telah lama mengkaji dan mendalami kejayaan industri muzik K-POP sehingga terlahirlah lagu single pertamanya. Siapa tahu, selepas ini Dato Vida bakal muncul dalam program TV di Korea.