Beranikan Diri Video Call Bangsa Israel, Daud Kim Terima Reaksi Menakutkan Disertai Makian Terhadap Bebas Palestin!

Krisis yang melanda Israel dan Palestin mendorong dunia tidak tentu arah dan risau. Malah, bukan saja umat Islam, bangsa lain yang bukan beragama Islam turut sama mahukan keamanan agar ia berakhir dengan aman.

Pucuk pangkal kejadian masih lagi menjadi tanda tanya sehinggakan peperangan atas talian turut berlaku sehingga beberapa negara lain terutama sekali negara Islam diheret dengan kemelut ini. Malah, Korea Selatan turut sama terasa dan mahukan kebebasan secara aman dilaksanakan segera.

Oleh itu, sebilangan bangsa Korea dan bangsa asing yang menetap di Korea telah melakukan protes secara aman tanpa ada kecelakaan tanda mereka menyokong Palestin serta mahu segera bebaskan negara itu dari keganasan. Terheret jiwa dengan kerisauan dan kebimbangan, Youtuber Mualaf Korea iaitu Daud Kim yang turut mempunyai ramai pengikut dari negara Islam yang lain cuba mendekatkan diri dengan bangsa Israel untuk mengetahui reaksi mereka terhadap tanda pagar #FreePalestine.

Foto Daud Kim Youtube


Ternyata, Daud Kim atau nama sebenarnya Kim Jae Han menerima pelbagai reaksi negatif termasuklah cacian dan makian dari bangsa Israel yang dihubungi Daud. Lebih teruk lagi, ada yang menyangka Daud Kim adalah bangsa Cina dan berasal dari Korea Selatan.

Sungguhpun pendekatan yang dilaksanakan Daud boleh mengheretnya ke arah negatif, Daud ternyata berani berjuang kerana dia hanya menyokong umat Islam dan tidak mahu orang Islam ditindas. Terutama sekali kanak-kanak yang tidak bersalah. Oleh itu, Daud juga turut serta protes kecil di Korea kerana merasakan ia tanggungjawab sebagai seorang Islam.

Anda boleh menilai sendiri apa yang berlaku terhadap Israel dan Palestin berpandukan video reaksi masyarakat Israel. Sesungguhnya ada yang mengejutkan dan ada juga yang menyedihkan apabila ada bangsa Palestin turut sama memberikan reaksi.

Kongsikan artikel ini