Sebelum berangkat pulang ke Korea Utara, Konsulat Kedutaan Korea Utara iaitu Mun CHol Myong memberi amaran bahawa Malaysia akan menerima padah selepas berakhirnya hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara.
Ternyata kenyataan tersebut mengundang kemarahan segenap lapisan masyarakat Malaysia sehingga meninggalkan komen dan luahan tidak puas hati terhadap negara tersebut. Bagaimanapun, ada netizen yang bencikan muzik KPOP salah masuk pintu dengan lancang melontar tohmahan negatif terhadap KPOP.
Pelbagai tuduhan dilemparkan namun yang menjadi perhatian adalah komen yang tertulis bodoh punya KPOP dari netizen yang dimaklumkan ada kaitan dengan orang industri seni hiburan Malaysia.
Mungkin terlalu marah dengan berita tersebut serta terlalu bencikan KPOP yang membuatkan idolanya dari Malaysia tak boleh cari makan, ternyata individu itu digambar salah masuk kandang.
Jika dia mengatakan KPOP itu bodoh, ia jelas terbukti bahawa dia sendiri terlalu cetek tentang KPOP. Bagi yang tidak ketahui atau pura-pura tidak ambil tahu kerana terlalu bencikan artis Korea terutama sekali muzik KPOP, KPOP sebenarnya berasal dari Korea Selatan bukannya Korea Utara. Malah, di Korea utara sendiri mempunyai muzik mereka yang bukan dipangil KPOP.
Istilah KPOP sebenarnya berasal dari Korean Popular yang mana perkataan Korea itu lebih menjerus kepada Korea Selatan bukan Korea Utara. Malah, semua penulisan yang kebanyakan menggunakan perkataan Korea saja lebih menjurus kepada Korea Selatan.
Jadi, berkemungkinan besar masih lagi banyak pihak keliru tentang KPOP serta perbezaan Korea Selatan dan Korea Utara. Selain individu tersebut, ada juga individu lain meninggalkan komen tertulis sebab itu aku benci KPOP. Jadi, tidak hairanlah individu ini juga masih keliru dan tidak dapat membeza mana utara dan selatan.
Namun, ada juga yang meninggalkan komen jenaka supaya Malaysia tidak menamatkan hubungan diplomatik dengan Korea Selatan. Ini kerana, jika perkara sebegini berlaku, nescaya ramai suri rumah tidak dapat menonton drama Korea yang sememangnya berasal dari Korea Selatan.
Apa yang penting, janganlah menuduh melulu tanpa usul periksa sehingga meletakkan diri anda ke golongan yang seperti anda lontarkan. Untuk membantu anda, klik di sini untuk ketahui perbezaan Korea Utara dan Korea Selatan