Kritikal, Malaysia Ketandusan Lelaki Tinggi Wakili Negara Ke Peringkat Dunia! Bukan Salah Juri…

Pencarian wakil Malaysia ke pertandingan Altitude World Supermodel (AWSM) global menghadapi saat gentir apabila juri seperti Dato’ Sri Anas Abdullah, Marini Mat Zain dan Emel Ismail masih belum temui calon yang layak untuk digilap sekaligus di serap ke MY AWSM (Altitude World Supermodel Malaysia 2021).

Majoriti daripada mereka seakan sudah menggunakan butang kecemasan kerana kebanyakan lelaki yang ditegur atau diajak menyertai MY AWSM tidak mencukupi syarat utama iaitu ketinggian melebihi 180 sm ke atas. Lebih teruk lagi, ada diantara mereka mempunyai wajah dan susuk tubuh sempurna tetapi terlalu rendah iaitu tinggi antara 160 hingga 175sm.

Sungguhpun cuba memberi kelonggaran kepada peserta yang berketinggian antara 177 hingga 179sm untuk menyertainya, ia seakan mengundang bahaya kepada Malaysia kerana mungkin wakil negara tidak boleh memberi saingan dan cabaran kepada peserta dari negara lain kelak.

Pun begitu, setiap juri termasuk National Director Malaysia dan Korea iaitu tetap teruskan pencarian kerana yakin calon yang dicari masih lagi berada di tempat tersembunyi. Cabaran pencarian ini seakan menghampiri titik noktah dengan tanggapan bahawa Malaysia ketandusan lelaki tinggi untuk berperang ke peringkat dunia.

Oleh itu, diharap kepada anda yang berjumpa lelaki berketinggian 180 sm ke atas dan berumur 18 tahun ke atas serta berstatus bujang untuk meyakinkan mereka untuk mewakili negara. Jika anda orang yang dicari, klik di sini untuk mengisi borang rasmi.

Anda juga dinasihati agar sentiasa menyemak peti mesej instagram anda kerana juri sedang aktif memberikan kad pintas kepada anda. Ayuh beranikan diri untuk berjuang demi Malaysia. Penyertaan haruslah dibuat sebelum penghujung Oktober 2021.


Kongsikan artikel ini