Pelukis webtoon Fashion King yang juga personaliti program variasi Korea, Kim Hee Min atau lebih dikenali dengan nama Kian84 telah mengumumkan hilang 10 kilogram dalam masa 20 hari saja.
Kian yang sebelum ini mengumumkan amalkan diet kerana malu dengan bentuk wajahnya berjaya merealisasikan impian tersebut dalam masa tidak sampai sebulan saja.
“Saya tak mahu melihat muka saya, sebab itu saya hilangkan berat badan mulai hari ini,” katanya dilaman instagram pada 24 April 2021.
Menjelaskan lebih lanjut maksud tersebut, dia turut memberitahu prestasi selepas mengumumkan untuk diet.
“Saya nak hilang 10kg dalam 20 hari. Saya nak atasinya dalam masa 20 hari,” ujarnya.
Dalam foto tersebut, Kian84 telah mengambil swafoto yang menunjukkan wajah lucunya. Ia mengundang gelak tawa netizen kerana dia meletakan dadunya terlalu dekat dengan kamera.
Pengumuman diet itu mendapat sokongan dari sahabatnya iatu Lee Si Eon yang mahu melihat dia berjaya.
“Oh! Let’s Go,” kata Lee Si Eon.
Dalam pada itu, peminatnya meluahkan kerisauan dan mahu Kian84 lebih menjaga kesihatan sedikit demi sedikit dalam menghilangkan berat badan.
Sementara itu, Kian84 dilaporkan akan melancarkan Return King menerusi laman webtoon Naver dan terus muncul dalam program MBC Entertainment iaitu I Live Alone.