Polis berjaya menahan seorang anak berusia lingkungan 60-an yang membuang mayat ibunya di sungai sebaik saja ibunya meninggal dunia.
Menurut laporan balai polis Gokseong di Jeollanam-do pada 4 Julai 2021, lelaki yang ditahan itu berusia 66 tahun dan disiasat telah membuang mayat mendiang ibunya.
Suspek telah mencampak mayat ibunya itu yang dipercayai berusia 90 tahun di sungai jambatan Gokseong-Gun, Jeollanamdo kira-kira jam 7.56 pagi pada 3 Julai 2021.
Pada awal pagi itu lebih kurang jam 7.40 pagi, penduduk berdekatan mahu menziarahi ibunya itu untuk diberikan sarapan. Namun, dia telah dijumpai mati dalam bilik. Selepas itu, jirannya itu memaklumkan kepada anaknya itu dan terus melaporkan kepada pihak polis dan bomba.
Anaknya itu dipercayai telah melanggar ibunya itu dengan motosikal. Menurut sumber, anaknya itu sangat rapat dan sayang dengan ibunya itu. Pun begitu, dia dikatakan mengalami masalah mental dan tidak mengambil ubat yang diberikan doktor baru-baru ini.
Pihak polis sedang merangka siasatan lanjut untuk ketahui punca sebenar kematian ibunya itu dan didapati anaknya itu melakukan jenayah.