Data MC DONALD Kena Godam, Habis Semua Nombor Telefon & Alamat Pelanggan Dicuri !

The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan pada 11 Jun 2021 bahawa penggodam berjaya mencuri masuk pangkalan sistem data Mc Donald dengan mencuri semua maklumat pelanggan dan pekerja dari Korea Selatan, Taiwan dan Amerika Syarikat!

Pihak Mc Donald mengesahkan perkara ini dikenalpasti selepas identiti yang tidak dikenali telah pecah masuk sistem keselamatan mereka. Namun, mereka berjaya blocked penggodam tersebut dan mengambil konsultan penyiasat dari luar untuk menyiasat kes ini.

Hasil siasatan mendapati penggodam tersebut telah mengambil semua data Mc Donald Korea Selatan dan Taiwan seperti emel, nombor telefon dan alamat penghantaran pelanggan. Manakala, data peribadi pekerja seperti nama dan nombor identiti berjaya dicuri dari Mc Donald Taiwan.

Foto Naver.com


Bagaimanapun, pihak Mc Donald tidak memberitahu jumlah data yang berjaya digodam tetapi hanya memberitahu hanya sedikit saja. Pun begitu, pihak mereka memberitahu data yang dicuri tidak termasuk info pembayaran dari pelanggan Korea dan Taiwan.

Kedua-dua pihak Mc Donald telah melaporkan kes godam ini kepada ibu pejabat Mc Donald. Lebih mengejut, maklumat pekerja dari Amerika Syarikat juga didapati berjaya dicuri. Penggodam telah mencuri data jumlah tempat duduk dan ruang dalam di restoran Mc Donald yang terletak di Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, pihak Mc Donald Amerika Syarikat mengesahkan tiada data peribadi pelanggan dicuri dan data pekerja yang dicuri tidaklah terlalu peribadi dan sensitif. Dalam pada itu, cawangan di Afrika Selatan dan Rusia memaklumkan kemungkinan besar maklumat pekerja mereka juga berjaya digodam.  

Foto Naver.com

Isu godam ini tidak menganggu perniagaan mereka namun pihak Mc Donald berharap pekerja mereka lebih berhati-hati dalam menghantar emel.

Insiden berkenaan menambah kebimbangan kerana jenayah siber yang menyasarkan syarikat-syarikat barat seperti Amerika Syarikat baru-baru ini semakin berleluasa.

Walau bagaimanapun, McDonald’s berkata bahawa penggodaman tersebut bukan serangan perisian tebusan. Penggodam tidak pernah meminta wang tebusan dari mereka.

Serangan perisian tebusan adalah kaedah di mana penggodam menyusup sistem komputer mangsa, menyulitkan data, dan menuntut wang sebagai balasan untuk melepaskannya, dan syarikat saluran paip minyak terbesar di Amerika Syarikat seperti Kolonial Pipeline dan butcher JBS terbesar di dunia baru-baru ini telah diserang dengan cara ini.


Kongsikan artikel ini