Misi Mencari Lelaki Melayu Ke Peringkat Global! Hantar Sekarang

Peluang emas kini terbuka untuk lelaki Melayu yang ingin mencipta nama di peringkat antarabangsa! Sebuah pertandingan peragaan popular sedang giat mencari lelaki Melayu yang layak untuk mewakili Malaysia di mata dunia. Walaupun Malaysia kaya dengan lelaki Melayu berbakat, mencuri perhatian pertandingan ini bukan mudah kerana syarat-syarat yang ditetapkan agak mencabar.

Lelaki yang dicari mesti memiliki ketinggian minimum 180cm, dengan tubuh tegap dan berotot—jenis badan yang boleh membuatkan sesiapa sahaja terpukau! Selain itu, calon mesti berusia antara 18 hingga 35 tahun dan tentunya memiliki rupa paras yang kacak dalam cara tersendiri.

Bukan sekadar rupa, lelaki Melayu yang terpilih akan menjadi duta Malaysia di pentas antarabangsa, mempromosikan jenama Malaysia dengan gaya dan keyakinan. Oleh itu, penguasaan bahasa Melayu dan Inggeris yang lancar adalah wajib. Personaliti yang menarik dan memukau juga diutamakan!

Lebih menarik lagi, bakat juga memainkan peranan penting. Sama ada anda pandai menyanyi, menari, berlakon, mengacara, atau memiliki kemahiran unik seperti silat atau silap mata, peluang ini terbuka luas buat anda. Bukan sekadar untuk model profesional, sesiapa sahaja yang merasakan mereka memenuhi kriteria ini dialu-alukan untuk mencuba!

Agensi HAE mendapat penghormatan untuk mencari Lelaki Melayu ini dan melatih mereka ke peringkat global. Jadi, Jangan lepaskan peluang ini—hantarkan gambar dan profil diri ke WhatsApp 011-1554 5514 sebelum tarikh tutup pada 15 Oktober. Tidak kira apa pekerjaan anda, selagi anda lelaki Melayu dengan ketinggian 180cm ke atas, anda layak untuk mencuba! Hadiah menarik menanti anda, jadi cepat sebelum terlambat!

Inilah peluang anda untuk mewakili Malaysia ke pentas global!

 

Kongsikan artikel ini