Mia Lee Dedah Perangai Sebenar Daud Kim Yang Ramai Tidak Tahu Termasuklah Digoda Wanita & Kahwin Empat !

Nama model dari Korea, Mia Lee mendapat perhatian netizen antarabangsa apabila dia akhirnya mengaku sebagai ibu kepada anak Daud Kim. Malah, Mia yang sebelum ini lebih banyak menyembunyikan diri dengan putera sulungnya Jason Kim tidak lagi mahu berselindung.

“Saya hanyalah seorang Mia. Isteri kepada Daud Kim dan juga model di Korea. Tetapi saya rasa mungkin saya lebih dari itu,’ ujarnya.


Lebih menarik lagi, Mia yang kini hamil anak kedua bersama Daud Kim selepas rujuk dan menjadi mualaf turut berkongsi sesuatu perkara menarik tentang suaminya yang ramai tidak tahu. Bahkan, Mia secara tegas mengatakan suami dan anak sulungnya banyak persamaan serta perubahan dirinya yang kini menjadi wanita mualaf.


“Terus-terang, selepas memeluk Islam, terlalu banyak perubahan yang saya lalui. Bagi saya, percaya kepada Allah membantu saya untuk terus hidup. Namun, saya sebenarnya menerima pelbagai mesej pelik sejak menjadi Islam. Pun begitu, saya tidak ambil peduli dan hanya percayakan Allah.

Busana Dari Anas Abdullah


“Perbezaan paling ketara untuk suami saya sebelum dan selepas menjadi Islam? Hmm..apa yang saya boleh katakan, dia seorang lelaki yang baik dan masih terus kekal menjadi lelaki yang terbaik. Itu saja,” jelasnya.

Menjelaskan situasi suaminya yang kini lebih sibuk mencari nafkah sebagai seorang youtuber mualaf di Korea, Mia turut mendedahkan pelbagai perihal pelik yang dihadapi suaminya termasuklah digoda ramai wanita walaupun mereka sudah maklum bahawa Daud sudah berkahwin.

Suami saya memang terlalu sibuk. Saya rasa bersalah dan kasihan melihatnya. Semuanya dia lakukan seorang diri. Saya hari, satu hari nanti, suami saya ada pembantu yang boleh membantunya menguruskan matlamatnya.

“Saya tidak hairan dan tak ambil pusing tentang wanita antarabangsa mahupun wanita Korea yang mahu menggoda suami saya walaupun mereka tahu dia ada saya dan anak. Saya yakin dan saya sudah cukup cantik untuknya. Lagi pun saya sudah ada Jason dan bakal menyusul seorang lagi bersama Daud Kim,” ujarnya.



Sementara itu, menyedari hakikat lelaki Islam dibenarkan berkahwin empat dan wanita Islam perlu bersedia untuk dimadukan, Mia Lee mempunyai jawapan sendiri tentang isu poligami.

“Goda suami saya atas alasan lelaki Islam boleh kahwin empat? Senang cerita, saya langsung tidak akan ada niat untuk izinkan dan biarkan Daud untuk kahwin empat atau mempunyai seorang lagi isteri,” katanya.

Pelbagai lagi perkongsian Mia Lee yang dipilih sebagai penghias kulit muka depan edisi Mei 2021 bersama suami dan anaknya. Nak tahu lebih, jangan lupa terus nantikan di www.thekoreabuzz.com

Kongsikan artikel ini