Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Mungkin itulah prinsip yang dipegang salah seorang peserta Altitude World Supermodel Malaysia 2021 bernama Jeeks yang memegang nombor MUSE 6. Melihat raut wajah dan susuk tubuhnya, ramai tidak menyangka, Jeeks adalah orang asli.
Lebih mengejutkan, sebaik saja tamat sesi fotografi pertama oleh juru foto fesyen Izzue Malique Photography, Jeek berubah dan wajahnya saling tidak tumpah seperti pelakon terkenal, Aedy Ashraf.
“Jeeks mempunyai wajah eksotik tetapi dia kena banyak belajar tentang pengayaan dan pose. Tapi pose yang diberikannya juga sangat bagus kerana keunikan yang dimilikinya. Antara kesemua peserta dia yang paling eksotik,” kata Izzue.
Dalam pada itu, pada sesi rakaman program AWSM minggu pertama terbitan MYS Studio, Jeeks mengejutkan kesemua peserta. Kejutan tersebut mengundang sebak dan membanggakan ramai pihak.
Kesemuanya boleh ditonton dalam episod pertama AWSM minggu yang bakal disiarkan dalam waktu terdekat. Jika Jeeks pilihan anda, anda boleh mengundinya di sini.