Lama Menyepi, Minho Terima Jadi Homoseksual Di Sisi Ahn Bo Hyun

Selepas lama menyepikan diri dalam dunia lakonan, ahli Shinee yang baru saja comeback bersama kumpulan sebagai bintang K-POP, Minho dilaporkan baru saja disahkan kembali menjadi aktor untuk drama adaptasi webtoon popular iaitu Yumi’s Cell.

Menerusi drama ini, Minho dikhabarkan bakal menjadi lelaki songsang atau homoseksual memandangkan watak asal yang dipegangnya iaitu Woo Gi adalah seorang lelaki bernafsu songsang.

Minho Shinee


Menurut sumber, Minho tidaklah memegang watak utama sebaliknya drama ini melibatkan aktress Lee Yu Bi bersama Kim Go Eun dan Ahn Bo Hyun. Peranan Minho sebagai Woo Gi adalah rakan sekelas Yumi. Yumi menaruh harapan cinta pada Woo Gi.

Walaupun webtoon ini menampilkan Woo Gi sebagai lelaki homoseksual, kepastian sama ada watak ini akan terus diserapkan sama seperti komik belum lagi dikenal pasti. Apa yang pasti, ini bukan pertama kali Minho menjadi watak kedua tetapi dia banyak kali diundang sebagai watak sokongan dalam drama Hwarang, Lovestruck In The City, Two Men dan banyak lagi.

Watak utama Yumi’s Cells


Drama Yumi’s Cells mengisahkan seorang watak bujag di lewat 30 tahun. Dia mempunyai pelbagai sel untuk mengawal pelbagai emosi. Lee Yoo Bi bakal memegang watak sebagai Rubi yang mana dia merupakan pesaing Yumi untuk menawan hati Woogi. Yumi rasa tidak selamat tentang perasaan terhadap Woogi kerana faktor usia. Woogi pula mempunyai teman rapat dengan Woong yang dipegang oleh Ahn Bo Hyun. Mereka berdua menjalinkan hubungan cinta.

Ahn Bo Hyun

Adakah drama ini bakal menjadi hits dan sekaligus menamakan Minho sebagai aktor kacak BL di Asia? Nantikan pengumuman rasmi dari pihak produksi tidak lama lagi. Apa yang pasti, peminat Minho pasti terubat rindu untuk melihat dia beraksi sebagai aktor.

Kongsikan artikel ini