Viral! Minuman Vitamin LEMONA X BTS Yang Dijual Di 7Eleven & Food Panda Tidak Halal

Pengumuman kepada pengguna dan pelanggan yang suka membeli barangan dari 7 Eleven dan Food Panda, pihak komuniti Islam Korea mengumumkan bahawa minuman vitamin yang menggunakan bintang KPOP dunia, BTS adalah tidak halal.

Menerusi pengumuman yang dilakukan melalui laman Instagram dan facebook Halal Korea Mall, minuman bervitamin yang dijual dengan harga RM150 sekotak itu disahkan dikilang dan diproses ditempat sama mengeluarkan barangan yang mengandungi khinzir. Minuman itu dilabel atas nama LEMONA X BTS.


Malah, mereka turut mendedahkan bahawa di botol minuman tersebut tertulis perkataan 돼지고기 yang membawa maksud khinzir. Oleh itu, secara automatik, minuman yang mendapat sambutan luar biasa terutama sekali dari peminat BTS yang bergelar ARMY diharamkan bagi umat Islam.

Diharap, pihak yang terlibat dengan penjualan dan pembelian produk BTS ini bertanggungjawab dan memberitahu bahawa minuman vitamin tersebut adalah haram dan diletakkan di bahagian Non Halal.


Di samping itu, peminat BTS yang terlalu obses dengan BTS diharapkan lebih berhati-hati serta jangan mudah terpedaya. Terlalu banyak barangan bukan saja dari Korea menggunakan nama BTS, namun tidak semua boleh diguna pakai oleh peminat dan penggemar beragama Islam. Namun, BTS difahamkan baru  saja mengeluarkan pelitup muka jenama mereka yang diiktiraf bagus dan dapat melindungi dari COVID-19.

Kongsikan artikel ini