TESO: Muse Malaysia Mata Keranjang?

Penglibatan The Eye Shop Optometry (TESO) dalam program AWSM (Altitude World Supermodel Malaysia) amat mengejutkan Muse. Namun, kejutan tersebut ternyata menggembirakan kesemua finalis apabila mereka menerima sepasang cermin mata eksklusif yang bernilai diantara RM1,300 hingga RM800.

Lebih menggembirakan apabila pengasas TESO iaitu Puan Fair Sulaiman turut mengumumkan satu lagi berita gembira dalam program Yantera terbitan MYS Studio. Pengumuman tersebut bukan saja untuk finalis tetapi untuk penonton setia Yantera.

Fair Sulaiman bersama MUSE 9, Dave- Foto MYS STUDIO


Disamping itu, TESO yang banyak bekerjasam dengan artis popular Malaysia ternyata mempunyai pilihan sendiri terhadap Muse yang berjaya membawakan cermin mata mereka ke tahap yang lebih tinggi. Difahamkan antara tiga Muse yang terbaik itu, salah seorangnya miliki gaya dan penampilan seperti jejaka Korea.

Pun begitu, ada juga Muse yang dikhabarkan kurang berjaya dan lebih ke arah si mata keranjang. Siapakah Muse yang dimaksudkan itu? Untuk mengetahuinya, jangan lupa menonton Yantera minggu ke 4 terbitan eksklusif dari MYS Studio. Gerenti anda pasti terkejut mengetahuinya.

Kongsikan artikel ini