Eksklusif: Mualaf Korea Kantoi Curang, Guna Alasan Covid-19 Untuk Main Skandal Dengan Gadis Bar!

Makin hari, makin ramai mualaf Korea lelaki dapat perhatian ramai. Malah, kebanyakannya sudah pun berkahwin. Terbaru, seorang mualaf lelaki Korea yang bersusuk tubuh sado, tinggi dan kacak dikhabarkan kantoi dengan isterinya. Difahamkan, mualaf tersebut yang sudah lebih tiga tahun berkahwin dengan isteri bangsa asing didapati main kayu tiga dengan seorang wanita yang bekerja di bar atau pun kelab malam.

Menurut sumber, lelaki berkenaan berkelakuan sedemikian rupa kerana dirinya sangat kesepian dan sudah lama tidak bersua muka dengan isterinya. Pasangan ini dikatakan tidak dapat berjumpa kerana isterinya tidak tinggal di Korea. Sebaliknya, isterinya itu menetap bersama keluarga mertua di negara lain. Disebabkan COVID-19, hubungan pasangan ini semakin jauh kerana isterinya tidak dapat kembali ke Korea untuk jangka waktu yang lama.

Lelaki ini kantoi apabila ibunya sendiri yang telah menceritakan hal ini kepada isterinya. Malah, ibunya menangis dan amat terkejut apabila anaknya itu dengan bangga memberitahu ibunya tentang skandal tersebut. Menurut ibunya, wanita tersebut sangat cantik dan mempunyai ciri-ciri wanita pilihan hatinya.

Gambaran ciri lelaki yang curang dan wanita bar tersebut. Foto: XFRAME

Menyedari berlaku curang terhadap isterinya itu, lelaki tersebut berkata COVID yang menjadi punca dirinya berlaku sedemikian rupa. Dalam pada itu, lelaki tersebut tidak menyorok bahawa telah banyak kali tidur bersama wanita tersebut.

Meneliti lebih dekat wanita tersebut, rupa-rupanya skandal itu berstatus janda anak satu. Malah, mereka sebenarnya bekerja di pusat hiburan yang sama. Difahamkan, pendapatan wanita tersebut lebih lumayan yang mana peroleh RM1,200 untuk satu hari. Manakala, suaminya yang curang itu hanya mendapat RM1,220 untuk seminggu.


Lelaki tersebut bukan bekerja sebagai pelayan sebaliknya hanya pegawai keselamatan di kelab tersebut. Lebih teruk lagi, wanita itu dikatakan hanya suka dengan suaminya itu kerana wajah dan badannya yang seksi. Oleh itu, wanita tersebut dikatakan langsung tidak ada niat untuk berkahwin dengan lelaki tersebut. Hubungan suaminya dan wanita tersebut tidak direstui keluarga mertua kerana wanita ini kaki mabuk dan sudah banyak lelaki ditidurnya.

Wanita ini juga dikatakan sudah lama mahukan suami wanita ini yang berimej bersih yang mana dia seorang tidak merokok, bukan kaki mabuk di samping popular di sosial media. Isteri lelaki tersebut terkejut dan sedang dalam proses menyiasat serta cuba cari jalan penyelesaian. Sesungguhnya, wanita ini mohon jasa baik pakar untuk cari cara terbaik untuk dia dan suaminya untuk menyelamatkan pertalian halal tersebut. Adakah cerai jalan terbaik?

Kongsikan artikel ini