Isteri Dari Indonesia, Mualaf Korea, Mukhlis Yuyong Kim Sering Terima Mesej Pelik Seperti Dirinya Agensi Cari Jodoh!

Nama mualaf Korea, Yuyong Kim atau nama Islamnya Mukhlis tidaklah sepopular Daud Kim. Namun, Mukhlis yang berkahwin dengan gadis Indonesia ini menjadi perhatian ramai kerana dirinya dikenali sebagai orang yang bertanggungjawab mengendalikan laman komuniti facebook Korean Friend.

Tidak sorok dirinya sudah berkahwin tetapi tinggal berjauhan dengan isterinya, Mukhlis pernah menjadi model dibawah agensi popular di Korea. Namun, Mukhlis bersara dari dunia peragaan atas faktor yang tidak dapat dielak.

Walaupun dia sudah menyatakan banyak kali bahawa dirinya sudah berkahwin dan merindui isterinya itu, Mukhlis sering diganggu peminat fanatik Korea yang mahupun teman lelaki dan suami Korea. Atas sebab itu juga, dia sering saja ditanya adakah dia masih lagi solo kerana ramai mahu mengambil peluang memikat hatinya.

Lebih pelik lagi, ada juga yang sudah mengetahui status Mukhlis masih terus bertanya dirinya tentang lelaki Korea yang masih solo untuk dijadikan teman lelaki. Agak tertekan dengan pertanyaan yang bertubi-tubi tentang hal ini, Mukhlis menyatakan dia bukanlah agensi Dating atau tempat mencari jodoh dilaman sosial miliknya.

Di samping itu, Mukhlis yang dimaklumkan isterinya sedang beransur pulih dari sakit dan tekanan menjadi mangsa pandemik COVID-19 apabila dia telah kehilangan kerja. Namun, Mukhlis yang sebelum ini berkerjaya sebagai chef di sebuah restoran di Korea sudah pulih dan memiliki kerjaya baru yang dirahsiakannya.



Pun begitu, ramai sangka berkemungkinan besar Mukhlis bakal kembali menjadi model kerana sering ke pusat gimnasium untuk kembalikan bentuk badannya yang seksi dan tinggi lampai. Walau bagaimanapun, Mukhlis sebenarnya telah menjadi muslim sejak 2018 dan amat meminati sukan bina badan.

Kongsikan artikel ini