Nak Feel Macam Drama Korea? Yok Lepak Minum Di 10 Kafe Popular Made In Korea

Selain suka minum soju dan minuman bervitamin, orang Korea juga amat menggemari minum kopi. Lebih-lebih lagi bagi golongan yang kuat bekerja. Kopi menjadi minuman utama untuk mereka tambah segar dan aktif sewaktu bekerja. Jadi, tidak hairanlah, kalau anda ke Korea, pasti berlambakkan kedai kopi atau kafe di sekitar bandar atau kawasan perumahan.

 

Babak drama The Heirs dalam sebuah Kafe.

 

Malah, kedai kopi jenama Korea sememangnya hebat sehingga membuatkan kafe jenama antarabangsa kurang dikunjungi pelanggan. Menariknya, kafe-kafe Korea ini menawarkan perkhidmatan lebih menarik dan kreatif dari jenama antarabangsa. Ada juga menghidangkan menu-menu luar biasa serta barangan yang comel dan cantik. Yang penting, harga lebih murah berbanding kafe antarabangsa.

 

Babak drama Secret Garden.

 

Apa yang pasti, kebanyakan kedai kopi ini pernah muncul di beberapa drama Korea popular. Antaranya drama Secret Garden dan Boys Over Flower. Difahamkan, kafe yang menjadi lokasi penggambaran drama tersebut menjadi popular dan sering dikunjungi penggemar drama Korea. Ada juga telah menukarkan nama kafe tersebut mengikut tajuk drama itu.

 

Kafe bertaraf antarabangsa di Korea.

 

Selain menu dan perkhidmatan yang menarik, kafe Korea ini juga berjaya menambat hati pengunjung dengan hiasan dalaman yang kreatif serta sesuai untuk lepak bersama kawan-kawan. Ada juga yang menggunakan kafe ini sebagai tempat temu janji selain tempat melamar.

 

Menu dalam salah satu Kafe Korea.

 

Bagi golongan pelajar pula, mereka gemar menjadikan lokasi ini sebagai pusat ulang kaji pelajaran bersama teman kolej. Yelah, perkhidmatan wifi yang disediakan amat laju dan percuma. Rata-rata, Kafe ini di buka 24 jam. Jika anda bertuah, ada juga golongan penyanyi dan trainee K-POP menjadikan lokasi ini sebagai tempat bekerja sambilan. Bintang ternama juga menjadikan lokasi ini sebagai tempat rahsia untuk bertemu sesama artis atau date.

 

Kafe terkenal sebagai tempat dating di Korea.

Oleh itu, EH! KOREA BUZZ senaraikan 10 Kafe buatan Korea yang begitu popular di Korea dan sering dikunjungi Oppa Kacak dan gadis jelita Korea. Apa yang pasti, dari senarai Cafe ini, ada juga telah membuka cawangan di Kuala Lumpur. Agak-agaknya, anda suka Cafe yang mana?

Turut menjadi pusat belajar bagi pelajar di Korea.

Juga Menarik: 10 Cafe Mesti Pergi Untuk Jumpa Coffee Prince Di Korea.

 

2 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. HOLLY’S CAFE

2 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini