Bagi ramai tidak tahu, masyarakat Korea agak sensitif dalam pemilihan nama. Oleh itu, seandainya nama dikenal pasti tidak baik maknanya atau lebih banyak ke arah negatif, mereka akan menukar nama mereka.
Seperti mana mereka sanggup merubah wajah dengan pembedahan plastik. Oleh kerana itu, tidak hairan selebriti Korea mempunyai panggilan nama tersendiri. Kebiasaannya, nama moden atau nama English dicipta agar masyarakat antarabangsa untuk menyebutnya.
Pun begitu, ada juga sebilangan artis Korea menukar nama mereka seratus-peratus dengan nama Korea yang lain. Oleh yang demikian, anda jangan terkejut rupanya ramai aktor Korea ternama gah di persada seni dengan nama Korea yang baru bukan nama sebenar mereka.
Jom kenali 12 aktor tersebut!