Tular Nenek Choo Sarang Usia 66 Tayang Badan Berotot Seperti Anaknya, Choo Sung Hoon

Warganet Korea tergamam melihat foto ibu kepada atlet dan selebriti popular Korea, Choo Sung Hoon yang menunjukkan badannya yang berketul-ketul sama seperti potongan badan anak lelakinya yang memiliki anak bernama Choo Sarang.

Walau bagaimanapun, di sebalik terkejut, netizen tidak mempersoalkan lebih kerana nenek Choo Sarang yang kini berusia 66 tahun adalah bekas atlet renang di Korea.

Ibu kepada Choo Sung Hoon.


Malah, netizen juga amat kagum dengan baka keluarga Choo Sung Hoon yang mana bapanya pula adalah bekas jaguh sukan Judo Korea. Baru-baru ini, Choo Sung Hoon telah berkongsi video di instagramnya yang bertajuk latihan keluarga! Dalam video tersebut menampilkan ibunya yang berusia 66 tahun dan ayahnya yang berusia 71 tahun.

Menerusi video berkenaan, selain terkejut melihat potongan badan dan aksi mereka, datuk dan nenek Choo Sarang telah menunjukkan kehebatan mereka sebagai jaguh sukan. Lebih mengejutkan apabila Choo Sung Hoon berkongsi foto ibunya yang memakai bikini dengan badan yang berketul sepertinya.

Sebelum ini, Choo Sung Hoon popular bersama anaknya selepas menjadi personaliti rancangan popular Korea. Sung Hoon telah berkahwin dengan wanita dari Jepun bernama Yanoshiho pada 2009. Selain ibu dan bapa Sung Hoon, isteri dan anaknya juga mendapat perhatian ramai dengan kehebatan bersenam seperti jaguh sukan.



Kongsikan artikel ini