Use your ← → (arrow) keys to browse
Berkongsi berita mengenai kematian ahli Kumpulan SHINEE bernama Jonghyun yang mati bunuh diri pada 18 Disember 2017, bekas ahli kumpulan K-POP Plus- M yang juga Selebriti kolumnis EH! KOREA BUZZ, Hyunmin-A telah diserang anti K-POP di laman Instagram (IG) peribadinya iaitu Hyunmin_a. Netizen banyak melemparkan komen negatif di IG Hyunmin-a yang mana komen tersebut banyak menjerus ke arah kematian Jonghyun yang telah disahkan oleh pihak polis bahawa dia mati sebab bunuh diri. Ia juga ada menyentuh mengenai Islam.
Posting yang digunakan anti K-POP untuk serang peminat tegar K-POP.
Selain komen negatif, netizen yang menggelar dirinya sebagai lelaki yang benci Korea mengatakan bahawa lelaki di Malaysia amat membenci mereka yang berasal dari Korea atau yang terlibat dengan K-POP dan Hallyu. Apa sekalipun, IG Hyunmin-A turut dilimpahi komen dari peminat tegar K-POP yang juga peminat setia Jonghyun yang tidak dapat menerima kritikan pedas berkenaan. Apa sekalipun, sebagai netizen yang bertanggungjawab, perkara sebegini sepatutnya tidak patut berlaku kerana ia mengundang pelbagai spekulasi yang memudaratkan.
Foto Hyunmin-A bersama mendiang EunB Ladies Code yang pernah tular.
Sementara itu, peristiwa sebegini pernah berlaku ke atas Hyunmin-A apabila rakan duetnya menerusi lagu REMEMBER ME iaitu EunB Ladies Code telah mati dalam kemalangan tragis sehingga tular seluruh dunia. Bagaimanapun, waktu itu, Hyunmin-A difahamkan mengalami pengalaman lebih teruk dan menyedihkan sehingga bangkit kembali dengan menyertai kumpulan PLUS-M.
Di sebelah adalah komen yang EH!KOREA BUZZ sempat lampirkan dari laman Instagram Hyunmin-A.