Bekas penyanyi kumpulan NRG, Noh Yoo Min mengejutkan peminat apabila dia berjaya menghilangkan berat badannya sebanyak 30 kilogram. Malah, ramai terkejut dengan wajah dan penampilan terbaru Noh dari seorang berbadan besar berubaha jadi seperti flower boy!
Transformasi Yoo Min ternyata mengundang pelbagai reaksi kerana inilah yang diidamkannya selepas enam tahun berusaha.
“Sudah enam tahun berlalu. Sekiranya saya tidak berjaya hilang berat badan, sudah tentu saya sudah berada di hospital sekarang. Terima kasih dengan diet saya sewaktu 30 tahun dan kini saya hidup sihat di usia 40 tahun. Sudah enam tahun saya hidup sihat tanpa berat naik seperti Yo yo,” tulisnya di laman Instagram sambil menunjukkan foto sebelum dan selepas.
Sambil menunjukkan fotonya sewaktu seberat hampir 100 kilogram, Noh berterus terang amalannya selama enam tahun.
“Saya berusaha keras untuk perniagaan kopi dan aktiviti penyiaran. Saya tiada masalah untuk mengekalkan berat badan setiap sebulan dengan mengamal diet sambil menjalankan kehidupan harian saya.
“Saya tiada masa untuk tambah berat badan saya. Saya sentiasa sihat kerana saya semak dan analis berat badan saya sekali setiap bulan,” katanya.
Menerusi perkongsian tersebut, ramai peminatnya memuji sehingga ada yang mengaku melihat perjalanan hidup Noh selama enam tahun berusaha untuk hilangkan berat badan.