Nombor Telefon & Emel Bintang K-POP Di Jual, Siapa punya angkara?

Akaun KAKAOTALK  milik artis Korea digodam peminat fanatik bukanlah suatu perkara yang baru dalam industri hiburan Korea. Oleh kerana itulah, ramai bintang Korea lebih berhati-hati dalam penggunaan aplikasi KAKAOTALK yang sememangnya aplikasi komunikasi nombor satu di Korea selain daripada LINE. Kebanyakannya yang mempunyai akaun tersebut ialah orang yang dipercayai bintang K-POP itu sendiri melainkan akaun artis dan orang terdekat digodam.

 

Eddy Oh!

 

Terbaru, seperti sudah menjadi trend, nombor telefon dan emel peribadi milik bintang K-POP dijual kepada peminat K-POP. Peliknya, jualan tersebut mendapat sambutan menggalakkan walaupun ia dijual pada harga yang tinggi. Mangsa terbaru penjualan nombor telefon dan emel ini ialah ahli JJCC iaitu Simba dan Eddy.

 

Simba.

Pengesahan tersebut  telah diumumkan Eddy Oh di laman Instagramnya dengan memberi amaran kepada penyebar dan penjual nombor milik mereka. Difahamkan, Eddy menjadi mangsa emel peribadinya dijual manakala Simba pula menjadi mangsa nombor telefonnya dijual pada harga yang tinggi. Dalam erti kata lain, individu yang tidak bertanggungjawab itu telah mencuri dan meraih keuntungan secara haram.

 

Eddy sewaktu terlibat dalam sebuah drama Korea.

Walaupun ia bukanlah satu perkara yang baru buat mereka, Eddy mengesahkan segalanya masih lagi dalam keadaan terkawal. Malah pihak mereka sudah dapat mengesan angkara atau individu yang menjalankan aktiviti haram ini. Jika amaran tersebut tidak dihiraukan, pihak mereka tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut. Malah, mereka juga bakal melaporkan perkara ini kepada pihak Polis dalam waktu terdekat.

Lee Teuk Super Junior.

Sebelum Eddy dan Simba, ramai lagi bintang K-POP termasuk ahli Super Junior , Lee Teuk turut menjadi mangsa. Berfikir mengenai isu ini, apakah tujuan mereka melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang ini? Siapakah punca dan menjadi angkara isu ini berbangkit dan berlaku?


Mengikut sumber dan analisis yang pakar dalam bidang ini, perbuatan sebegini selalunya berpunca dari orang terdekat selebriti berkenaan. Berkemungkinan perkara sebegini terjadi kerana keadaan terdesak atau dilakukan untuk membalas dendam.

Eddy pernah menyertai Masterchef Korea.

Apa sekalipun, Korea Buzz berharap perkara sebegini dihentikan dan tidak perlu terjadi lagi. Sekarang ini, hampir kesemua bintang Korea miliki akaun sosial media seperti Instagram, Twitter dan Facebook. Jadi, seandainya mahu kenal lebih dekat artis tersebut, anda bolehlah hubungi mereka di laman peribadi tersebut. Jangan sampai mencuri, menjual dan godam akaun milik mereka.

 

Kongsikan artikel ini