Pelakon popular Korea, Lee Min Ki telah tular di Malaysia baru-baru ini sebaik saja di mengunjungi Kota Kinabalu Sabah. Kedatangannya ke Sabah mendapat perhatian ramai kerana dia datang tanpa sebarang pengawal peribadi.
Ketika lawatan ke Sabah, Min Ki sangat bebas menikmati keindahan Sabah dengan mengunjungi Tunku Abdul Rahman Marine Park dan beberapa tempat menarik di Sabah. Selain menikmati pemandangan, dia juga menjamu juadah dari Malaysia.
Terdapat banyak video, gambar dia ke serata Kota Kinabalu yang dirakam peminat tanpa dia sedari. Bagaimanapun, jejaka ini seakan tidak kisah dan hanya menikmati percutian sama seperti orang biasa.
Dalam pada itu, terbit pula mengatakan Lee Min Ki bukanlah aktor yang kacak tetapi sebenarnya jauh lebih kacak apabila bersemuka. Lebih panas lagi, tahun ini, banyak pihak mendakwa dan berbahas mengenai dirinya yang dikatakan tergolong dalam kategori homo.
Gosip ini tidak pernah dilayan dan dijawab oleh pihak Min Ki mahupun pengurusannya. Kesangsian ini dibuat pelbagai pihak kerana lakonannya dan juga kehidupannya. Apa sekalipun, ini masih lagi hanya rumos saja bukan yang benar.
Namun, mungkin jika ia benar, pasti ramai wanita atau peminat beralih arah tidak mahu menyokongnya. Apapun, tunggu sajalah statement rasa dari empunya diri nanti.