Mualaf Korea, Mukhlis Yuyong memuat naik status mengejutkan apabila mencari wanita Islam untuk dijadikan calon isteri. Bagaimanapun, pencarian tersebut bukan untuk dirinya sebaliknya untuk rakan isteri yang dikhabarkan baru saja dua bulan berhijrah sebagai seorang Mualaf.
Menerusi mesej yang ditinggalkan Mukhlis, lelaki tersebut sudah lama jatuh cinta dengan Islam sehingga memeluk agama Islam. Pencarian isteri tersebut lebih diutamakan untuk wanita Islam antarabangsa.
Namun, wanita yang berminat mahu menjadi teman wanita atau pun isteri mualaf ini mestilah bukan seorang yang suka lelaki Korea kerana drama Korea atau muzik KPOP. Difahamkan, lelaki ini tidak mahu bermain-main dengan cinta tetapi mahu wanita yang mahu serius dengan dirinya.
Tujuan pencarian ini juga dibuat bagi membimbingnya untuk terus mengenal dan mendalami Islam. Dia juga difahamkan mahhu belajar tentang Islam bersama bakal isterinya itu serta mahu solat bersama suri hatinya.
Dalam pada itu, Mukhlis turut menyatakan bahawa lelaki Mualaf itu dikategorikan sebagai lelaki kacak Korea. Jadi, jangan bimbang tentang fizikal dan raut wajahnya. Disamping itu, Mukhlis turut mendedahkan, atas bantuan media, lebih ramai orang Korea lebih cenderung dan mahu memeluk Islam.
Mualaf Korea yang mencari isteri ini lebih cenderung dan suka dengan busana muslimin dan Muslimah dari pelbagai budaya Islam di dunia. Jadi, kepada wanita yang berminat untuk menjadi suri hati lelaki Korea ini, anda bolehlah menghubungi isteri Mukhlis yang mana lelaki tersebut merupakan kawan isterinya.
Bagi status ini, Mukhlis telah menutup komen di laman sosialnya kerana tidak mahu perkara yang tidak diingini terjadi. Oleh itu, anda dinasihatkan terus hubungi isteri Muklis di Instagram @dailyofhari.