Use your ← → (arrow) keys to browse
Personal Trainer dan model fitness dari Korea Selatan, Lee Ju Hyuk mendedahkan bahawa kebanyakkan lelaki Korea memiliki kulit lebih cantik dari wanita Korea disebabkan golongan Oppa (abang) di Korea gemar memakai losyen dan krim pelindung matahari. Malah, Ju Hyuk atau lebih mesra disapa Jeysen mendedahkan perkara yang lebih penting dalam hidup lelaki di Korea adalah wajah. Dalam pada itu, Jeysen mengatakan faktor utama yang mendorong lelaki di Korea untuk menjaga kulit adalah disebabkan wanita Korea yang sering mengutamakan wajah.
Jeysen (Kiri) dan aktor terkenal Korea, Sunghoon yang menjadi jurucakap produk kecantikan terkenal Korea.
Pun begitu, Jeysen menolak dakwaan tentang lelaki Korea yang gemar menjaga kulit lebih ke arah lelaki yang feminin dan homoseksual. Bagaimanapun, dia menganggap setiap manusia mempunyai pendapat dan selera yang berbeza.
Memandangkan Jeysen mengetahui ramai wanita antarabangsa mengidamkan kulit seperti lelaki Korea atau lebih tepat seperti aktor dan bintang K-POP, Jeysen menasihatkan agar lelaki dan wanita menjaga kesihatan kulit dengan membasuh muka setiap hari. Malah, dia yang banyak mengikuti cara aktor terkenal Korea dan duta produk kecantikan, Sunghoon dalam penjagaan kulit muka menyarankan wanita menggunakan krim pelembab dan krim pelindung matahari serta mengetahui jenis dan masalah kulit sendiri.