Paderi Usia 40 Tahun Didakwa Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak Di Kondominium

Seorang paderi yang berusia likungan 40 tahun telah ditahan polos dan sedang disiasat kerana didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadap dua kanak di sebuah kondominium di Namyangju, Wilayah Gyeonggi.

Unit Siasatan Jenayah Belia Wanita Agensi Polis Utara Gyeonggi berkata pada 29hb bahawa ia telah mendapati paderi berkenaan telah ditahan  atas pertuduhan melanggar Akta Khas terhadap Hukuman Jenayah Keganasan Seksual.

Paderi berkenaan dimaklumkan telah bertemu dua kanak-kanak tersebut ditaman permainan yang terletak di Bandar Namyangju pada jam 12.40pm pada 24 April dengan berkata ayuh kita bersembahyang bersama. Kemudian paderi tersebut telah memeluk kanak-kanak itu dan meraba seluruh badan kanak-kanak berkenaan.


Pihak polis telah menerima 112 aduan pada hari yang sama dan mengenal pasti kelakuan terkutuk tersebut menerusi CCTV berdekatan kawasan perumahan.

Secara sukarela, paderi tersebut telah menyerah diri dan hadir ke balai polis selepas menerima panggilan dari Polis. Bagaimanapun, Paderi tersebut mengatakan dia menyentuh badan budak tersebut bukan disebabkan niat jahat.

Setakat ini, pihak polis tidak dapat memberi kata putus mengenai kes ini kerana ia masih lagi dalam siasatan.

Kongsikan artikel ini