PANAS! Rapstar & Produser Lagu Gwiyomi Didakwa Lakukan Gangguan Seksual

Kecoh di Korea apabila polis telah menahan seorang produser popular yang didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadap adik perempuan kawannya sewaktu mangsa sedang tidur. Dari dakwaan tersebut, ujian DNA telah dilakukan dan mengesahkan pesalah laku seks tersebut ialah produser lagu yang telah mencetuskan fenomena di dunia berjudul Gwiyomi sekitar tahun 2013.

Salah laku tersebut telah berlaku pada malam selepas mereka minum minuman keras. Selain popular sebagai produser Gwiyomi, penjenayah seks ini juga banyak menyertai program TV di Korea termasuklah Show Me The Money 4 Mnet dan I can See Your Voice. Terbaru, dia juga telah menyertai Mister Trot.


Produser yang dimaksudkan ialah Dandi. Selain menerbitkan lagu yang menjadi igauan ramai orang termasuklah bintang popular Korea, Dandi turut menjadi produser untuk Badkiz dengan album berjudul Ear Attack yang mana koreografi lagu tersebut menjadi ikon tarian sekitar tahun 2014.

Sekitar 2018, dia dikenali dibawah syarikat SD Entertainmet dan debut sebuah kumpulan KPOP wanita iaitu Saturday pada July 2018. Atas sebab berita panas ini tersebat, Dandi telah disingkirkan dari syarikat miliknya sendiri. Malah, Dandi juga telah meletakkan jawatan pada Mei lepas.

Kongsikan artikel ini