Lepas Bebas COVID-19, Kartunis Park Tae Joon Beli Bentley Bernilai USD300 Juta!

Penulis webtoon terkenal Korea, Park Tae Joon menayang kereta baru jenama antarabangsa yang baru saja dibelinya. Pengumuman tersebut dilakukan Tae Joon di laman facebooknya dengan menunjukkan foto sebuah kereta di kawasan perumahan yang gelap.

“Sewaktu dirawat kerana COVID-19 dan sembuh dari virus tersebut, saya rasa bebas. Jadi saya beli kereta Bentley,” katanya.


Kereta tersebut merupakan generasi ketiga Bentley Continental GT yang harga pasaran di Korea mencecah KR290 Juta won.

Bagaimanapun, Tae Joon memberitahu akan membawa kereta ini kepada tuan yang baru walaupun dia baru saja memandu kereta berkenaan hanya beberapa kali saja.

“Saya sedar, walau macam mana bagus ianya, tapi rasa tak berbaloi untuk saya yang jarang menggunanya,” akui Tae Joon.

Nama Tae Joon mendapat perhatian masyarakat Korea apabila dia disahkan positif COVID-19 pada Ogos 2020.


Kongsikan artikel ini