Dibesarkan Di Afrika Selatan & Berhasrat Pindah Malaysia, Paul An Ditinggalkan Kekasih Masa Khidmat Untuk Negara!

Buat julung kalinya, sesi KBTalk yang menampilkan salah seorang MUSE Altitude World Supermodel (AWS) iaitu Paul An mengundang kejutan apabila jejaka yang tinggal di Suwon ini mendedahkan kisah hitamnya.

Sesi interaksi antara Paul dan peminat yang berlangsung selama sejam dari jam 9 malam hingga 10 malam pada 20 Ogos 2021 secara pesanan mesej membuatkan ramai teruja untuk bertanyakan pelbagai soalan terhadap Paul.

Dengan ramai dan mesra, Paul cuba menjawab semua soalan yang dilontarkan peminat sehinggakan dia bercerita kisah dia ditinggalkan buah hati sewaktu menjalankan khidmat negara.

“Saya sebenarnya pernah ditinggalkan kekasih sewaktu saya memasuki latihan khidmat tentera. Walaupun bekas kekasih mahu kembali kepada saya, saya tidak akan menerimanya kembali kerana dia akan mengulangi kesalahannya lagi.

“Saya juga lebih suka wanita yang lebih matang dan dewasa dari saya. Saya tinggal berdekatan dengan Universiti saya belajar. Saya suka kalau wanita mendorong dan memberi petunjuk pada diri saya,” katanya.


Dalam pada itu, bercerita mengenai persaingannya dalam AWS, dia mengakui kawan sama kolej adalah saingan terdekat dirinya.



“Saingan terdekat sangat dalam AWS adalah Roger. Dia adalah kawan saya dari Universiti yang sama. Saya sebenarnya dibesarkan di Afrika Selatan dari umur saya 12 tahun hingga 19 tahun. Wangian kegemaran saya sudah tentu Versace.

“Jika ada peluang untuk berpindah ke luar negara, saya pilih antara Malaysia, Thailand dan Vietnam. Saya suka makan Phat Pong Curry iaitu kari ketam Thailand.

“Saya suka menonton Netflix sebagai hobi saya. Saya suka tengok Netflix Kominsky Method. Kalau boleh saya mahu peluang untuk jadi popular,” jelasnya.

Pelbagai pendedahan dibuat Paul An dalam sesi chatting tersebut. Anda boleh menyertai sesi chatting di KBTalk dengan finalis AWS yang akan datang. Berkemungkinan besar, Paul An akan kembali dengan anda. Jangan lupa mengundi Paul di sini jika anda rasa di layak bergelar juara AWS Korea.

Kongsikan artikel ini