Peguam yang dalam siasatan polis atas tuduhan merogol peguam junior yang bekerja di pejabat firma yang sama telah ditemui mati.
Menurut laporan balai polis Seocho di Seoul Korea pada 26 Mei 2021, peguam berkenaan berusia lingkungan 40 tahun telah ditemui mati pada jam 4.07 di pejabatnya yang terletak di Seocho-dong, Seocho-gu.
Polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan dari saudara peguam berkenaan. Setelah di siasat tidak sebarang langung kematian ini kerana pembunuhan.
“Kami temui nota bunuh diri, tetapi setakat ini kami tidak boleh mengesahkannya secara lebih terperinci,” kata wakil polis.
Peguam tersebut dalam siasatan merogol dan melakukan gangguan seksual terhadap teman sekerja yang juga seorang peguam. Peguam junior yang baru saja memulakan tugas di firma tersebut sering menerima gangguan seksual dari si mati beberapa kali sejak tahun lalu.
Peguam yang menjadi mangsa rogol itu telah membuat aduan ke pihak polis pada disember tahun lalu. Dia menggunakan status sebagai bos untuk merogol peguam tersebut.