Sebuah restoran Cina mencetus kontroversi apabila hanya mengambil lelaki berbadan sado saja sebagai pelayan untuk menarik pelanggan wanita.
Menurut laporan media, pelayan yang digelar Macho Waiter menjadi bualan netizen kerana melayan pelanggan dengan hanya memakai apron tanpa baju didalamnya di sebuah restoran yang terletak di Xian, Shanxi, China.
Difahamkan, restoran ini mula mengambil lelaki maskulin sebagai pekerja pada penghujung tahun lalu. Selain mengambil pesanan dan melayan pelanggan, pelanggan juga berpeluang mengambil gambar bersama pelayan macho itu.
“Pelayan kami sebenarnya bekerja sebagai model. Mereka bukan saja mempunyai badan yang seksi, malah wajah yang kacak. Dengan mengambil mereka, pelanggan berasa puas hati dan seronok,” kata presiden restoran bernama Mayu.
Restoran ini menjadi tumpuan wanita untuk hadir menjamu selera selepas berita mengenai pekerja restoran ini tular di sosial media. Bukan mengutuk sebaliknya memuji, netizen merasakan konsep pemasaran yang dijalankan restoran ini berjaya memancing ramai wanita untuk hadir ke restoran untuk melengkapkan nafsu makan.
Ia turut diperakui seorang pelanggan yang mengatakan restoran Huoguo adalah restoran popular yang terletak berdekatan rumahnya. Malah, dia berharap agar dapat datang selalu dengan melihat pelayan yang kacak.
Sungguhpun begitu, ada juga yang tidak bersetuju dengan konsep restoran ini. Ia disebabkan ia lebih fokus kepada pelayan berbanding makanan yang berkualiti. Malah mereka menganggap ia lebih kepada menjual lelaki berbanding makanan.