Pemain bola sepak wanita Korea, Kang Soo Jin telah mengejut peminat sukan Korea dengan mengumumkan persaraan dalam bidang sukan pada 5 Mac 2021. Malah, ramai tergoda dengan penampilan terbaru Soo Jin sewaktu dia muncul dalam program TV yang kelihatan seperti bintang KPOP.
“Saya banyak berfikir sebelum saya mengumumkan tentang bersara. Tahun ini, genap saya hidup sebagai pemain bola sepak dan saya membuat keputusan untuk mulai hidup kedia saya. Saya cuba berhenti dari arena sukan bola yang telah menjadi sebahagian hidup saya.
“Saya sangat sedih namun saya tidak menyesal. Jika melihat balik apa yang saya lakukan, saya bangga kerana dapat bermain dengan pasukan bola sepak negara sekaligus dengan ahli pasukan yang bagus. Saya langsung tidak menyesal walaupun pelbagai cabaran saya hadapi untuk mendapatkan apa yang saya mahukan.
“Ada banyak lagi perkara yang saya mahu buat untuk masa depan. Saya bersedia untuk belajar apa jua. Dan ini adalah permulaan tersebut,” katanya.
Soo Jin dilahirkan pada 1997 dan bermain bola sepak sejak dibangku sekolah lagi. Dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Korea dan menyertai pasukan Chung Woon Middle School dan Hyundai High School di Ulsan.
Dia menjadi pemain tengah untuk pasukan Universiti Korea dan menghadapi kecederaan pada 2019. Dia tercalon dalam Sejong Sport Toto. Bagaimanapun, kerana cedera, dia terpaksa akur dan berhenti.
Sebelum ini, ramai terkejut dengan kecantikan beliau seperti bintang KPOP selepas muncul dalam program KBS, Ask Anything.