Seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang telah menangkap seekor kucing dengan memegang ekor kucing tersebut lalu memukul ke dinding telah dihadapkan hukuman undang-undang.
Pihak polis sentral Changwon di Gyeongnam telah mengumumkan pada 22 Februari bahawa lelaki tersebut telah dimasukan ke dalam penjara dengan dakwaan telah mendera kucing dan merosakan harta benda awam.
Lelaki tersebut telah didakwa memukul kucing berkenaan di sebuah restoran yang terletak di Daebang-dong, Changwon dengan melemparnya ke dinding sehingga mati pada 26 Januari 2022.
Dalam siasatan polis, tertuduh telah mengatakan bahawa dia melakukan jenayah berkenaan secara tidak sengaja kerana dia tertekan dengar bunyi kucing tersebut menangis sewaktu dia sedang menyediakan sesuatu untuk pekerja.
Difahamkan, lelaki itu tinggal berdekatan kawasan jenayah.
Insiden itu diketahui apabila ianya telah difailkan oleh organisasi perlindungan haiwan dalam Petisyen Kebangsaan Blue House. Pada 28 bulan lalu, Kara, seorang aktivis hak binatang, memposting petisi berjudul “Tolong tangkap dan menghukum pendera yang dengan brutal membunuh kucing dengan memukulny ke lantai sambil memegang ekornya.”
Polis menerima laporan pada hari kejadian dan melancarkan siasatan, dan menahan tertuduh di sekitar tempat kejadian berpandukan analisis TV litar tertutup (CC) berdekatan.
Seorang pegawai polis berkata, “Pada masa ini, lelaki ini mengakui jenayah itu, dan tuduhan telah cukup terbukti dan diserahkan kepada pihak pendakwaan.”