Pensyarah dari sebuah universiti di Korea telah ditahan polis selepas marah dan memukul penumpang bas dengan memberi amaran kepada penumpang tersebut. “Kau Senyap!” itulah amarah pensyarah tersebut sebelum memukul penumpang.
Balai Polis Yeongdengpo di Seoul, Korea telah mengesahkan pada 9 Jun 2021 bahawa lelaki yang ditahan itu adalah seorang pensyarah bergelar profesor untuk Universiti swasta. Dia ditahan kerana memukul dan menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.
Pensyarah tersebut telah memukul lelaki berkenaan dengan telefon sewaktu dia bergegas mengejar bas ke Yeongdeungpo sekitar jam 10.20 malam pada 3 Mei 2021. Sebelum dipukul, lelaki tersebut sempat bertanya kepada profesor berkenaan gerangan individu yang menghubunginya dan menimbulkan pergaduhan.
Pertengkaran tersebut menyebabkan lelaki itu dipukul dua kali oleh pensyarah itu dan mangsa difahamkan terpaksa dijahit sepanjang 3 sm dibahagian kepala kerana cedera. Pihak polis mendapatkan dua kes yang muncul dari laporan berkenaan.