Pentas Akhir Manhunt Malaysia Sarat Kejutan – Jangan Lepaskan Peluang Saksikan Pada Hari Malaysia Ini!

KUALA LUMPUR, 13 SEPT 2024: Siapakah jejaka hebat yang bakal membawa nama Malaysia ke Manhunt International? Segalanya akan terjawab pada Isnin, 16 September 2024 dalam sebuah majlis penuh gilang-gemilang, Hari Anugerah Malaysia!

Acara eksklusif ini akan berlangsung di Geo Resort Hotel, Genting Highlands dari jam 12 tengah hari hingga 3 petang. Selain menampilkan 9 finalis tampan dari seluruh Malaysia – Sarawak, Pahang, Johor, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Melaka, dan Putrajaya – acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran juri antarabangsa dan alumni Manhunt.

Antara barisan juri istimewa ialah Kevin Dasom, pemenang Manhunt International 2024, Stefan Yogi, pemenang People’s Choice Award Manhunt 2024, dan Ennio Fafieani, 4th Runner Up Mister Supranational 2018. Turut memeriahkan lagi suasana ialah alumni Manhunt Malaysia, John Tan (Manhunt Malaysia 2012) dan Edward Kong (Manhunt Malaysia 2022).

Yang lebih menarik, Maria Tunku Sabri turut tampil sebagai juri, bersama Caiyi Choo (Real Estate Queen of the Year 2024), Jeffery Loke (CEO Beauheal), Datuk Steven Lai (Eazie Beauty), dan Marcus Osmand (Geo Resort Hotel).

Sepanjang acara, anda bukan sahaja berpeluang melihat para finalis dan juri-juri selebriti ini dengan lebih dekat, malah beberapa persembahan istimewa juga telah diatur untuk memukau anda. Hos acara, Amy Tinie dan Boii Nain, akan memastikan anda terhibur sepanjang majlis.

Nak saksikan sendiri apakah kejutan yang disediakan? Anda masih boleh mendapatkan tiket – REG (RM300), VIP (RM500) atau SVIP (RM800) – dan menjadi sebahagian daripada sejarah gemilang ini. Jangan tunggu lagi kerana tiket semakin laris!

Hubungi Ms. Janice untuk pembelian tiket dan sebutkan finalis pilihan anda. Berikut senarai finalis hebat yang bakal bersaing:

  1. Chris Foo – Sarawak
  2. Jutty Choo – Pahang
  3. Ken Chan – Perak
  4. Julius – Selangor
  5. Jesse – Johor
  6. Zack – Melaka
  7. Putra – Terengganu
  8. Justin Ho – Kuala Lumpur
  9. William Ong – Putrajaya

Kesemua finalis ini bakal memperagakan rekaan memukau dari pereka fesyen tempatan seperti Bon Zainal, Maswira Majid, Arma Couture, Kashfi, dan ramai lagi.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk turut serta dalam majlis penuh gaya dan kejutan ini!

 

Kongsikan artikel ini