Perang Warganet Antara China & Korea Meletus Desak Hak Cipta 5 Ikonik

Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Isu peperangan yang melibatkan dua negara iaitu China dan Korea Selatan masih lagi belum reda. Malah, segelintir pihak merasakan isu ini semakin teruk. Ada juga pula mengatakan, isu ini sudah lagi tidak relevan kerana masing-masing sudah terima hakikat.

Apa sekalipun, rezeki beberapa selebriti terkenal Korea terputus apabila perang ini semakin teruk kerana banyak kontrak yang melibatkan artis Korea dan produk dari China ditamatkan serta merta.

Seandainya anda mengikuti perkembangan isu semasa melibatkan dua negara ini, anda pasti perasan apabila warganet dari Korea dan China masih lagi terus berperang merebut hak masing-masing.

Peperangan sebegini digambarkan sama seperti Malaysia dan Indonesia yang segelintirnya masih lagi tidak puas hati asal usul perkara yang melibatkan ikonik masing-masing. Sekarang ini, pihak China terlalu banyak ‘claim’ dengan mendakwa 5 ikon Korea itu adalah milik mereka.

Berikut adalah 5 Ikonik Korea yang sekarang ini direbut netizen China bahawa ia milik mereka.

Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini