Peserta Luar Negara Muncul Di Minggu Pertama, Warganet Tak Putus Harapan Untuk Hoon Doo Sertai Big Stage 5!

Pengumuman 10 peserta Big Stage 5 yang dilaksanakan petang semalam mengundang tanda tanya apabila Penerbit Eksekutif program berkenaan mengesahkan akan ada peserta antarabangsa dari Indonesia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Ia sekaligus menjawab, bukan 10 peserta yang bakal berentap sebaliknya ada 14 orang. Menurut pihak produksi, peserta ini tidak dapat berada pada petang semalam atas sebab tertentu. Bagaimanapun, mereka bakal muncul pada pentas pertama Big Stage 5 yang kini diterajui Elly Mazlein selaku hos.

Walaupun senarai 10 peserta dari Malaysia membariskan seorang ahli kumpulan KPOP, In2it iaitu Issac Voo, peminat berasa sedih apabila duo popular dari Korea, Hoon Doo tidak tersenarai. Bagaimanapun, sebaik saja mendengar penjelasan dari produksi petang semalam dengan adanya peserta dari Korea, mereka tidak putus doa berharap peserta itu adalah Hoon Doo.

 

Pun begitu, ia masih lagi tidak sah kerana tiada sebarang tanda duo ini terlibat. Berkemungkinan besar, peserta Korea itu adalah kawan kepada Issac Voo. Ataupun peserta yang tidak jadi masuk pada musim kedua yang menetap di Indonesia tetapi pernah tular di Malaysia menyanyikan lagu Memori Berkasih.

 

Sebelum kedatangan Hoon Doo ke konsert separuh Gegar Vaganza musim lalu, warganet di Tiktok telah berkempen mahu pasangan ini menyertai Big Stage. Atas dasar itu, kelab peminat Hoon Doo yang diberi nama Swara masih mengharap sinar peserta Korea yang dimaksudkan itu adalah Hoon Doo.

Kongsikan artikel ini