Bintang Korea yang popular dengan lagu Oppa Gangnam Style, PSY dikritik hebat netizen Korea apabila mengemaskini foto terbaru di laman Instagram miliknya. PSY atau nama sebenarnya Park Jae Sang menerima komen negatif dari pelbagai pihak dengan tampil dengan imej yang lebih slim, kurus dan langsing dari sebelum ini.
Foto yang dikongsi PSY pada 7 Mei lalu dengan tanda mesej “Kerja’ teruk dilibas dengan perkataan tidak puas hati dan kecewa dari netizen Korea terutama sekali peminat PSY sendiri.
Gambar berkenaan memaparkan PSY memakai T-Shirt dan seluar serba hitam dengan berdiri tegak. Menerusi foto berkenaan, potongan badan PSY jelas kelihatan sehingga mendapat perhatian netizen yang terkejut dengan kelangsingan penyanyi ini. Malah, penyayi Hayes turut meninggalkan komen jenaka dan usikan terhadap foto tersebut.
Apa yang pasti, majoriti komuniti atas talian luah rasa sesal melihat badan PSY yang sudah kurus sehingga tiada lagi imej OPPA GANGNAM STYLE. Netizen turut meluahkan PSY sepatutnya menjaga janji dan mengekalkan imej sebelum ini. Lantaran itu, ramai kecewa dengan PSY.
Apa sekalipun, PSY sebelum ini pernah berjanji dan memohon maaf dengan isu ini. Walaupun didesak banyak kali dan cuba mengekalkan imej seperti dahulu, mungkin PSY ada sebab tampil dengan imej baru. Jikalau mengikut barisan artis di bawah naungannya seperti Jessi dan Hyuna, kebanyakan mereka mempunyai potongan badan yang cantik dan menarik. Mungkin jua, PSY mengikut resmi dan panduan syarikatnya yang mana dia adalah pemilik dan juga artis.