Susut 9kg Dengan 20% Diet Saja, Rapstar Lee Young Ji Derma 240 Juta won Hasil Jualan Smartphone Case!

Rapstar wanita terkenal di Korea, Lee Young Ji mengumumkan bahawa dia baru saja kehilangan berat badan sebanyak 9kg di laman instagram. Menerusi posting tersebut, Young Ji muat naik foto dia memakai baju sukan dengan berdiri dengan penuh yakin dan bertenaga tidak seperti sebelum ini.

Sambil berkongsi cara yang diamalkannya, Young Ji mengatakan dia mengambil 30% supplement, 50% bersenam dan 20% diet.

“Saya henti makan semua makanan kegemaran saya untuk mengawal diet saya,” katanya.

Dalam pada itu, instruktor senaman yang membantunya untuk diet memuji wanita ini dengan mendedahkan bahawa Young Ji melakukannya segalanya dengan ikhlas tanpa membuat sebarang perbandingan.

Sementara itu, rapper ini difahamkan telah mendermakan sejumlah wang sebanyak 240 Juta Won hasil dari penjualan Smarphone Case Dont Go Out yang mengandungi mesej tentang penjarakan sosial untuk Fruit Of Love dan Korean Red Cross.


Kongsikan artikel ini