Rasheed Oh Kini Kafir, Kembali Jadi Jeong Won Selepas Penat Dengan Islam!

Kontroversi yang melanda Youtuber Korea terkenal, Daud Kim atau Kim Jae Han sedikit pun tidak melupuskan dirinya untuk keluar dari Islam. Malah, Daud terus berjuang menegakkan kebenaran dan kini menarik nafas lega apabila isteri dan anaknya sudah pun memeluk Islam.

Pun begitu, sewaktu skandal melibatkan Daud mendapat liputan meluas dunia, seorang lagi Youtuber turut dituduh dan dicaci kerana dianggap bersubahat dengan Daud Kim. Bagaimanapun, Rasheed Oh yang hanya mengenali Daud selepas memeluk Islam tidak tahan menahan dugaan sebagai mualaf Korea.

Gambar bersama Ayana Moon.

Dengan fikiran yang berkecamuk dan tidak mempunyai asas serta bimbingan yang kukuh, Rasheed Oh mengejutkan pengikutnya dengan mengatakan dia kini menarik diri daripada bergelar seorang Muslim. Secara tidak langsung, Rasheed telah menukarkan saluran youtubernya kepada nama Kafirnya iaitu JeongWon Entertainment.

Walaupun keputusan menjadi kafir pernah mendapat perhatian dan nasihat daripada Daud, Jeong Won dengan hati terbuka tidak mahu menjadi seperti Daud. Malah, menerusi video pengundurannya yang dimuat naik pada 28 November 2020 telah mengesahkan bahawa dia sudah penat.


Sungguhpun begitu, Jeong Won sama sekali  tidak bencikan Islam. Malah, selama ini dia tidak pernah menipu atau menggunakan Islam untuk membuat video di youtube. Sebaliknya, dia hanya merasakan ini satu yang keputusan logic bagi dirinya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.

Mendapat lebih dari 7000 Komen, ternyata masyarakat dunia terkejut dengan keputusan dan berdoa supaya dia kembali menjadi Islam. Majoriti komen menganggap Jeong Woon lebih percaya komen dan kritikan berbanding mempelajari Islam dijalan yang betul dan diredhai maha pencipta.

Kongsikan artikel ini