Rating Melonjak & Tular, Ramai Isteri Meroyan Tonton Drama Korea The World Of Married 2020!

Jarang sekali untuk drama Korea yang dibarisi pelakon yang kurang popular dan berusia menerima rating tertinggi sekaligus diperkatakan netizen dan menjadi popular sekelip mata. Namun, drama terbaru Korea yang ditayangkan mulai 27 Mac lalu mampu meraih rating tertinggi dan mengalahkan drama anak muda Itaewon Class yang dibarisi pelakon popular, kacak dan popular seperti Park Seo Joon, Kim Dae Mi, Ahn Bo Hyun dan Kim Dong Hee.

Drama Itaewon Class.

Drama berjudul BooBooui Sekye atau The World of the Married 2020 menjadi bualan masyarakat Korea apabila jalan cerita yang diketengahkan berkaitan dengan rumahtangga. Lebih menarik lagi, virus drama ini sedang merebak di seluruh asia terutama sekali Malaysia sehingga membuatkan ramai meluahkan rasa tidak puas hati dengan karaktor dalam drama tersebut.

Poster utama drama The World of the married 2020.

Baru saja ditayangkan sebanyak enam episod di saluran JTBC, drama arahan Mon Wan Il dan skrip ditulis oleh Joo Hyun membuat banyak wanita lepas geram terutama sekali kaum isteri. Drama ini tidak membariskan pelakon popular di Korea, sebaliknya menyenaraikan pelakon senior yang menghasilkan mutu lakonan yang luar biasa.

Nama teraju utama drama ini melonjak naik.

Watak utama drama ini iaitu Kim Hee Aee berperanan sebagai Jin Sun Woo seorang doktor perubatan. Dia berkahwin dengan Lee Tae Oh (Park Hae Joon) dan dikurniakan seorang anak lelaki yang comel. Walaupun mempunyai segalanya, Lee Tae Oh telah berlaku curang. Malah, kecurangan suaminya turut diselindungi sahabat karibnya.

Pasangan skandal drama ini.

Lee Tae Oh berjaya merealisasikan impian menjadi pengarah filem terkenal berkat usaha dan harta isterinya sekeluarga. Dia mempunyai syarikat produksi atas bantuan isterinya. Selepas berjaya mengesan kecurangan suaminya itu, Jin Sun Woo telah menjalankan operasi untuk mencari kebenaran tersebut.

Babak suspen yang antara pelakon utama.

Operasi tersebut mengundang pelbagai emosi buat penonton apabila semua orang di sekeliling langsung tidak membantu serta turut berlaku curang. Rata-rata, selepas menonton episod pertama ini, ramai yang sudah ketagih dan mahu tahu apa yang berlaku untuk episod seterusnya.

Si isteri memberi amaran kepada suami yang sudah kantoi.

Dalam pada itu, segelintir kaum isteri merasakan cerita ini tidak wajar ditonton bersama anak-anak kerana ia boleh meracun pemikiran anak-anak. Malah, sang isteri yang emosinya tidak kuat dan sering was-was juga dinasihati tidak menonton drama ini. Ramai merasakan kemungkinan drama ini boleh mendorong penonton yang emosi melakukan perbuatan yang sama persis watak-watak tersebut.

Apabila skandal muncul dihadapan isteri.

Adegan panas yang dipamerkan dalam drama ini juga membuatkan kanak-kanak tidak sesuai menontonnya. Difahamkan, drama yang disiarkan di Korea dan negara asia terutama sekali Malaysia sudah berlainan sedikit apabila banyak adegan telah disunting. Selain jalan cerita yang menarik, drama in juga merupakan remake kepada drama dari UK iaitu Doctor Foster yang ditayangkan di BBC pada 2015.

Apa yang pasti, drama ini telah menjadi sajian utama untuk penggemar drama sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan. Apa pula perasaan sang suami mendapat tahu tentang drama ini?

Kongsikan artikel ini