Pakar Dedah Banyak Remaja Lelaki Korea 18 Tahun Partime Jual Dubur & Anu Dengan Upah RM120 Sejam!

“Kerja Sambilan Bottom” itulah kerja yang sedang merisaukan banyak keluarga di Korea terutama sekali bagi mereka yang mempunyai anak remaja lelaki.

Seorang pelajar lelaki sekolah menengah berumur 18 tahun yang dikenali dengan nama Lee mengakui mempunyai hubungan homoseksual. Pelajar tersebut didapati tinggal di pusat bandar Seoul telah meninggalkan mesej “kerja Sambilan Bottom” di laman talian komuniti.

Menerusi mesej tersebut, dia mendapat RM120 sejam dan RM20 setiap 30 minit dengan kerja secara sambilan saja. Menurut sumber, remaja lelaki yang bekerja bottom ini dapat pulangan lumayan.

Pendedahan ini mengejutkan ramai pihak. Difahamkan, kerja melayan nafsu lelaki ini menjadi trend dan dilakukan kerana kesukaran remaja untuk bekerja secara sambilan. Lebih merisaukan lagi, kerja ini sedang merebak secara luas dan mendapat permintaan tinggi dikalangan murid-murid lelaki di Korea.


Bagi yang tidak tahu, Bottom adalah slanga untuk seseorang yang memainkan peranan seorang wanita dalam hubungan seks songsang. Fakta menunjukan pencarian di internet tentang kerja sambilan ini juga sudah merebak di laman sosial. Malah, banyak posting di laman sosial dari kalangan anak muda menawarkan kerja sambilan ini.

Secara amnya, kerja ini sebenarnya adalah pelacuran kelas atasan yang hanya mendedahkan tinggi, berat badan dan umur saja. Sebuah kafe dalam talian dengan bilangan pelanggan homoseksual tertinggi mendapati banyak remaja yang mencari pekerjaan pelacuran sambilan. Kira-kira lebih 100 telah dijumpai.


Sebelum ini, seorang pakar telah muncul di kaca TV Korea dengan mendedahkan bahawa apabila dia melaksanakan kajian terhadap budak lelaki Korea kategori Runaway .

Seorang pakar yang muncul di rancangan TV pada masa lalu berkata, Apabila saya melakukan kaji selidik budak-budak runaway, 15.4 peratus telah menjual dubur dan anu mereka secara sambilan. Malah, ia mungkin lebih dari jumlah tersebut.

Pasukan penyelidik Sekolah Perubatan Universiti Yonsei memberitahu jumlah pesakit AIDS di Korea sebanyak  1,464 pesakit AIDS dari Disember 2006 hingga Januari 2018.

Menurut kaji selidik epidemiologi laluan pula, 63.5% jangkitan lelaki dijangkiti kerana seks songsang. Atas dasar ini, banyak suara-suara yang menyeru langkah-langkah mendesak untuk keselamatan remaja ditingkatkan lagi.

Kongsikan artikel ini