Dua pelajar perempuan sekolah rendah yang menderita dirogol dan didera dilaporkan telah mati di rumahnya yang terletak di Cheongju, Daerah Utara Chungcheong.
Menurut laporan, kematian dan penderitaan mereka melibat ayah tiri salah seorang dari mereak. Laporan pada 13 Mei 2021 mendedahkan mangsa tersebut merupakan pelajar sekolah rendah tahun dunia yang ditemui rebah di atas katil di rumahnya selepas didapati menderita dari kes jenayah seks.
Menurut laporan, kedua-duanya melakukan pilihan ekstrem di atas bumbung sebuah bangunan apartmen di tingkat 22 pada 12 Mei 2021 iaitu hari sebelum mereka ditemui mati dirumah.
Mangsa ditemui oleh seorang dan terus dibawa ke hospital berdekatan. Walau bagaimanapun, mereka meninggal dunia semasa menerima rawatan.
Menurut laporan polis, mereka berdua menghadiri sekolah yang berbeza di Cheongju. Diketahui bahawa mereka adalah rakan-rakan yang melawat rumah masing-masing.
Apa yang mengejutkan ialah ayah tiri mereka telah berada di bawah siasatan polis kerana menyerang mereka secara seksual sewaktu datang untuk melawat kawan dirumahnya.
Ternyata ibu bapa salah seorang dari mangsa telah memfailkan aduan kepada polis apabila mengetahui mengenai perkara ini pada Februari lalu. Perogol tersebut juga suka merogol mangsa. Bagaimanapun, polis tidak dapat mendedahkan cara jenayah seksual yang dilakukan tertuduh.
Kedua mangsa ini telah membuat aduan masalah tertekan dan mental apabila salah seorang mereka terlibat dengan kes jenayah seks yang melibatkan lelaki bergelar ayah tiri. Oleh itu, kedua-dua mereka telah menjalani rawatan mental di sekolah.
Dalam pada itu, polis telah mendakwa dan menahan bapa tiri salah seorang mangsa di bawah akta kes jenayah seksual. Sebelum ini, waran tangkap untuk menahan pesalah telah gagal bagaimanapun ia berjaya dibuat untuk melakukan siasat lanjut terhadap kes jenayah seksual dan kematian.