Remake Coffee Prince Buat Fans Fattah Amin Berang Dengan Fans Tegar Korea

Sungguhpun pihak Astro telah memperjelaskan mengenai status pelakon yang bakal terlibat dengan drama remake Coffee Prince tidak lama lagi, aktor kacak Fattah Amin dan produser drama berkenaan, Michael Ang masih lagi mendiamkan diri tanpa memberikan sebarang komen mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan.

 

Adakah Fattah mampu melakonkan babak sebegini dengan baik?

 

Malah, ada juga masih meragui dengan kenyataan tersebut selagi pihak Fattah mahupun Michael Ang masih terus kunci mulut. Bagaimanapun, peminat Fattah Amin tidak senang duduk dan sedang melancarkan perang untuk berlawan dengan peminat tegar Korea yang membantah Fattah Amin menjadi hero remake Coffee Prince.

 

 

Dalam peperangan tersebut, peminat Fattah masih berharap dan mahu melihat hero kesayangan mereka ini berlakon dalam drama berkenaan. Malah, segelintir daripada mereka mengganggap Fattah mempunyai aura seperti pelakon-pelakon Korea.

 

Lagi komen dari peminat Fattah Amin…

 

 

Di sebalik peperangan tersebut, peminat tegar Korea naik berang apabila dilabelkan sebagai hater kepada Fattah Amin. Sebaliknya mereka bukanlah anti Fattah dan menyatakan pembangkangan ini disebabkan mereka lebih tahu sejarah dan salah silah Coffee Prince .

 

Apa sekalipun, sama ada Fattah Amin kekal atau tidak sebagai pelakon untuk drama ini bakal diketahui nanti. Difahamkan penggambaran drama ini bakal dimulakan pada 19 Julai ini dan akan ditayangkan di Astro Ria mulai November nanti.

Kongsikan artikel ini