“Adakah saiz kemaluan Saya 14 sentimeter panjang dikategorikan kecil? ” pertanyaan seorang lelaki di media sosial yang mendapat perhatian warga net di Korea dan rantau Asia.
Menurut informasi, lelaki yang dikenali dengan nama A telah meninggalkan pertanyaan tersebut di laman komuniti DCard yang popular di Taiwan . Pertanyaan tersebut mendapat pelbagai reaksi luar biasa daripada netizen.
Dari luahan tersebut tertulis lelaki ini menolak untuk menjalinkan hubungan seks kerana risau dengan saiz alat sulit yang dimilikinya. Malah, lelaki yang dilaporkan tinggal di Taiwan ini sebenarnya tidak lagi berselera untuk seks dalam hidupnya.
Namun, dia tidak berselindung bahawa dia seorang lelaki yang suka menjalinkan hubungan seks secara sihat. Salah satunya kerana dia yakin dengan saiz alat sulitnya itu. Menurut A, saiz yang dimiliknya berubah ke 14 sentimeter selepas ereksi dan ia bukanlah saiz normal.
Bagaimanapun, selepas bertemu dengan teman wanitanya baru-baru ini dan menjalinkan hubungan, keyakinannya berkurangan kerana masalah diranjang.
Dia difahamkan berasa amat tertekan dan kecewa. Lebih teruk lagi, teman wanitanya mengatakan saiz kemaluannya sangat kecil untuk bersama dengannya.
Lebih pedas lagi, teman wanitanya mengatakan dia tidak merasakan apa-apa sewaktu bersamanya. Nak rasa sakit sikit pun jangan haraplah. Oleh itu, dia tidak mahu melakukan seks dengannya lagi.
Perangai teman wanitanya mendorong dia hilang keyakinan diri dan perkara sebegini tidak pernah berlaku ke atas dirinya. Dia merasakan, dia bersalah dalam hal ini. Bagaimanapun, teman wanitanya tetap dengan pendirian itu walaupun selepas pelbagai perkara diusahakan.
Oleh kerana itulah juga mereka tidak menjalinkan hubungan seks lagi. Jadi, dia mahukan pandangan orang ramai adakah benar saiz anu yang dimilikinya itu sangat kecil?
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh pihak pakar, panjang purata kemaluan lelaki apabila terangsang adalah 13.2 sm . Manakala dalam keadaan biasa adalah 11.6 sm. Oleh itu, saiz yang dimiliki lelaki ini dikategorikan melebihi had purata.
Pelbagai komen dan kritikan diterima lelaki ini. Bagaimanapun, majoriti berharap lelaki ini jangan runsing dan senyum seperti biasa. Selain itu, ada komen mengatakan teman wanita itu sangat kurang ajar. Sewajarnya pasangan kena saling memahami dan menerima. Lebih baik putus saja dan cari teman wanita yang menerima anda seadanya.